Info

Permata di Selat Melaka

fun

Peta Jalan dari Kuala Lumpur (sila klik)
Temui kedamaian di pulau yang indah ini. Yang masih belum tercemar dengan pembangunan. Yang masih kaya dengan alam semulajadi.
Overview Panduan kepada pelancong Pulau Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak Bumi Bertuah. Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri Perak sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa. Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor. Dari jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak atau di Teluk Nipah dengan teksi (van). Anda juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk Dalam.

Eko-Pelancongan & Agro-Pelancongan

Spesis timun laut yang dipanggil sebagai gamat emas (stichopus horrens) di kalangan penduduk tempatan, adalah bahan penting dalam pembikinan produk perubatan tradisional dan produk kosmetik. Ia terdapat dengan banyak di pesisiran Teluk Nipah khususnya di sekitar Pulau Giam.
Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan (satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia.

Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa.

Jungle trekking ialah salah satu acara yang menjadi kemestian bagi pencinta alam
Satu lagi aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik. Tempat yang sering menjadi tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan ialah Teluk Segadas. Di Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan.
Lawatan & aktiviti

Tempat-tempat untuk dilawati

Pantai-pantai. Teluk Gedung. Taman Fu Lin Kung. Kilang satay ikan. Tukang bot.

Pengangkutan

Untuk kebebasan anda bergerak di Pulau Pangkor, anda boleh menyewa motosikal atau kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi.

Membeli-belah

Pemburu cenderahati boleh mendapatkan sesuatu untuk dibawa pulang dari banyak kedai di Pekan Pangkor atau di kawasan anda menginap. Satay fish, sotong, ikan kering juga boleh dibeli. Di Pekan Pangkor juga terdapat bank-bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Jangan terkejut jika diberitahu Pulau Pangkor ada jalurlebar (broadband)!

Makan-makan

Kedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang, Teluk Kecil dan Teluk Gedung. Restoran Nasi Kandar Ibrahim ‘n’ Brothers, Pekan Pangkor. Gerai Makan a’la Thai di Pekan Pangkor. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Food court di Pasir Bogak. Restoran Melayu di Teluk Dalam. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak.

Ajaib di Pangkor

Haiwan batu

Anda akan temui beberapa pembentukan batu secara semulajadi yang menyerupai binatang di pulau ini sekiranya anda menaiki bot laju untuk bersiar-siar. Ianya pemandangan yang mengagumkan!

Remember Sir Elton John's song of the seventies - Crocodile Rock? Well this is the real crocodile rock!
Sang Rangkak sedang menunggu mangsa. Ini digelar "batu buaya"
This is the turtle rock. You will find it near the Turtle Bay. Amazingly, it is on this beach that turtles come to lay eggs
Yang ini pula "batu penyu". Ironiknya batu ini terdapat di Teluk Penyu (Teluk Ketapang), tempat tuntung (sejenis penyu) datang bertelur
This one uncanningly looks like a whale
Batu ini menyerupai "ikan paus". Tumbuhan atas batu menambahkan kesan dramatik, seolah-olah ikan paus ini sedang bernafas di permukaan air
A pair of feet protruding, like a giant sleeping on his back
Siapa pula yang tertinggalkan sepasang kasut raksasa di sini? Ini digelar "batu kaki"
Kinda like a fairy tale... here we have an elephant showing its back and a tortoise in the foreground. A zoo of rock animals?
"Batu gajah mandi" dan "batu kura-kura" melengkapkan taman margasatwa batu. Mungkin benarkah dongeng Sang Kelembai yang suka menegur itu?
Ajaib bukan?

Land for Sale – Pangkor Island (RM900K)