Go Pangkor | Pakej Pelancongan Pulau Pangkor

Info Pangkor

Permata di Selat Melaka

Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Salam Sejahtera…

Hai, saya OG, anak kelahiran Pulau Pangkor, Perak, Malaysia.

Seorang anak nelayan yang sederhana kehidupannya. Suka berkongsi bercerita dengan anda tentang tempat kelahiran saya yang cantik lagi menawan ini.

Lawati blog saya untuk melihat gambar-gambar terbaru yang menarik.

Perkhidmatan & Aktiviti

Kami menyediakan Perkhidmatan dan Aktiviti seperti berikut:

  • Lawatan Pusing Pulau (kilang satay, Mini Great Wall of China, Galeri Pangkor, Kota Belanda)
  • Beach Games/Telematch
  • Snorkeling
  • Kayak
  • Banana Boat
  • Island Hopping
  • Mable
  • Jetski
  • Teambuilding
  • Explorace
  • BBQ
  • Entertainment – Karaoke, Live Music (Acoustic)
  • Pukat Tarik.

Info

Panduan kepada pelancong

Pulau Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak Bumi Bertuah. Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri Perak sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor. Dari jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak atau di Teluk Nipah dengan teksi (van). Anda juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk Dalam.

Eko-Pelancongan & Agro-Pelancongan

Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan (satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia.

Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa.

Satu lagi aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik.

Tempat yang sering menjadi tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan ialah Teluk Segadas. Di Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan.

Tips

Tempat-tempat untuk dilawati

Pantai-pantai. Teluk Gedung. Taman Fu Lin Kung. Kilang satay ikan. Tukang bot.

Pengangkutan

Untuk kebebasan anda bergerak di Pulau Pangkor, anda boleh menyewa motosikal atau kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi.

Membeli-belah

Pemburu cenderahati boleh mendapatkan sesuatu untuk dibawa pulang dari banyak kedai di Pekan Pangkor atau di kawasan anda menginap. Satay fish, sotong, ikan kering juga boleh dibeli.

Di Pekan Pangkor juga terdapat bank-bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Sesetengah resort juga menyediakan perkhidmatan wi-fi.

Makan-makan

Kedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang dan Teluk Gedung. Restoran Nasi Kandar Ibrahim ‘n’ Brothers, Pekan Pangkor. Gerai Makan a’la Thai di Pekan Pangkor. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Restoran Melayu di Teluk Dalam. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak. Peringatan: jika makan di warong-warong di Teluk Nipah, sila pesan berpandukan menu. Untuk ikan bakar, tanya dulu harga (bergantung pada cara ia dimasak) sebelum memesan.

A D V E R T I S E M E N T

Order Business Card online! Kad niaga (Art Card 250) cetak warna penuh dan laminate hanya RM10* sekotak (100 keping)
*untuk pesanan 10 kotak ke atas.

Malaysia Web Hosting


Powered by WordPress. Designed by elogi.