Aktiviti – darat
Kaki pancing? Atau lebih cenderung kepada yang lebih mencabar – seperti menyelam (scuba diving)? Atau mahu memenuhi percutian anda dengan acara-acara lawatan di Pulau Pangkor. Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut dan tempahan lawatan, trip memancing, menyelam atau pukat tarik yang meriangkan.
Pusing Pulau
Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur. Termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau anda mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.
Tempat-tempat untuk dikunjungi:
- Lapangan Terbang Teluk Dalam
- Kilang Satay Fish SPK
- Tukang bot SPK
- Taman Fu Lin Kung
- Pekan Pangkor
- Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung
- Teluk Segadas
- Pantai Pasir Bogak
- Pantai Pasir Ketapang (Turtle Bay)
- Monkey Bay
- Pulau Mentangor dan Giam (Lagun Teluk Nipah)
- Pasir Giam (Coral Bay)
- Teluk Man
- Taman Lin Ji Kung
- Pantai Puteri Dewi
- Pulau Pangkor Laut
Sukan Lasak
Di Teluk Nipah juga penggemar sukan lasak (outdoor) dapat memenuhi desakan naluri mereka dengan aktiviti jungle-trekking, abseiling dan repeling. Lokasi yang menarik bagi tujuan ini termasuklah Bukit Pangkor, Titi Gantung, Air Terjun dan Teluk Segadas. Pulau Pangkor sering menjadi pilihan bagi acara-acara berbentuk advencer dan ekpedisi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti National Geographic Society’s Eco-Challenge, Half-Marathon Pulau Pangkor, acara-acara merentas desa berbasikal, ekpedisi hutan tropika, ekspedisi kayak dan sebagainya. Kesimpulannya, Pulau Pangkor menyediakan pelbagai jenis aktiviti, laut dan darat, di dalam sebuah pulau, semua-dalam-satu!
Go Pangkor